Selain daripada model standard Yamaha Ténéré 700 2023, pasaran Eropah turut menerima model Yamaha Ténéré 700 Rally Edition 2023, dengan beberapa naik taraf terkini yang sama. Sebelum itu pilihan warnanya kekal dengan Heritage White, di samping ciri-ciri eksklusif yang ditawarkan seperti mana model tahun sebelumnya. Maklumat selanjutnya boleh didapati melalui artikel di pautan ini. (more…)
Category: Yamaha
Yamaha XMAX 250 Connected 2023 dilancarkan di pasaran Indonesia, harga RM 20,001.71
Pasaran Indonesia hari ini rasmi menerima pelancaran model skuter maxi terbaharu Yamaha XMAX 250 Connected 2023. Model tersebut sebelum ini dilancarkan di pasaran Eropah, dengan nama Yamaha XMAX 300 2023 dan Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2023, serta dikuasakan enjin berkapasiti 292cc. Namun untuk pasaran Indonesia, hanya versi enjin 249.8cc sahaja ditawarkan. (more…)
Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M 2022 di pasaran Thailand, bilakah akan masuk ke pasaran Malaysia?
Pasaran motosikal di Thailand merupakan antara yang terbesar di rantau ASEAN, bersama-sama pasaran Indonesia dan Vietnam. Mungkin sebab itulah model berkuasa tinggi Yamaha YZF-R1 dan YZF-R1M 2022 ditawarkan di pasaran negara jiran itu. Untuk pasaran Malaysia, sehingga kini pihak HLYM masih belum melancarkan kedua-dua model berkenaan, tanpa sebab yang jelas. (more…)
Yamaha Aerox 155 2023 terima kemaskini warna baharu di pasaran Indonesia
Yamaha Aerox 155 2023 kini tampil dengan kemaskini warna baharu di pasaran Indonesia. Bagi varian Connected, pilihan warna baharu yang diterima ialah CyberCity, Cyan Silver, Metallic Red, Black Silver dan Yellow Blue. Harga yang ditawarkan ialah Rp. 27,275,000 (RM 8,260.43) untuk warna CyberCity, manakala empat pilihan warna lain berharga Rp. 27,075,000 (RM 8,199.86). (more…)
Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2023 diperkenalkan dengan fungsi navigasi Garmin
Yamaha Motor Europe baru-baru ini dengan rasminya memperkenalkan Yamaha XMAX 300 2023, termasuklah versi yang lebih premium iaitu Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2023. Berbanding versi standard, versi Tech MAX dilengkapi skrin TFT 4.2 inci dengan ciri sambungan ke telefon pintar dan fungsi navigasi Garmin, di samping paparan skrin speedometer digital LCD 3.2 inci di atasnya. (more…)