Model skuter terbaharu Suzuki Avenis 125 2023 kini rasmi dilancarkan di pasaran Indonesia, dengan harga jualan sebanyak Rp. 29,970,000, bersamaan RM 9,009.70 (kadar semasa). Tiga pilihan warna menarik ditawarkan iaitu Pearl Mirage White / Metallic Matte Fibroin Grey, Metalic Matte Fibroin Grey / Metallic Lush Green dan Mettallic Matte Black / Glass Sparkle Black. (more…)
Category: Suzuki
Suzuki Burgman Street 125EX 2023 tiba di pasaran Eropah
Suzuki sebelum ini memperkenalkan model skuter Suzuki Address 125 2023 dan Suzuki Avenis 125 2023 untuk pasaran Eropah. Sebuah lagi model skuter terbaharu yang turut diperkenalkan ialah Suzuki Burgman Street 125EX 2023, tampil dalam tiga pilihan warna iaitu Pearl Moon Stone Grey, Pearl Mirage White dan Metallic Matt Black. Model tersebut juga dilengkapi enjin 124cc. (more…)
Suzuki V-Strom 250 SX 2022 dilancarkan di pasaran Filipina, harga RM 18,669.01
Model adventure terbaharu Suzuki V-Strom 250 SX 2022 secara rasminya dilancarkan di pasaran Filipina hari ini. Dua pilihan warna ditawarkan untuk model tersebut iaitu Champion Yellow dan Glass Sparkle Black, manakala harga jualannya ditetapkan sebanyak PHP 229,000, bersamaan nilai RM 18,669.01 mengikut kadar mata wang semasa. (more…)
Suzuki Avenis 125 2023 akan tiba di pasaran Eropah mulai awal tahun depan
Pada tarikh 04hb. Oktober 2022 yang lepas, Suzuki telah mengumumkan ketibaan model skuter terbaharu Suzuki Avenis 125 2023 untuk pasaran Eropah. Model tersebut akan ditawarkan kepada pelanggan secara rasmi mulai awal tahun depan, dalam dua pilihan warna menarik iaitu Pearl Mirage White / Metallic Matt Fibroin Grey dan Metallic Matt Fibroin Grey / Metallic Lush Green. (more…)
Suzuki V-Strom SX 250 bakal dilancarkan di pasaran Filipina pada tarikh 28hb. Oktober 2022
Laman Facebook rasmi Suzuki Motorcycles Philippines pada hari ini telah menyiarkan imej teaser mengenai pelancaran model adventure terbaharu untuk pasaran Filipina, yang bakal berlangsung pada tarikh 28hb. Oktober 2022 tidak lama lagi. Melalui imej teaser yang disiarkan itu, tertera dengan jelas perkataan “The Master Of Adventure” dan “Lightweight Versatile Crossover”. (more…)