Pasaran Indonesia baru saja menerima kehadiran model sport bike Kawasaki Ninja ZX-25R 2023, dalam versi Standard dan ABS SE. Pada masa yang sama, Kawasaki Motor Indonesia telah melakukan kejutan dengan memperkenalkan versi paling atas Kawasaki Ninja ZX-25RR 2023 terbaharu, dengan sistem suspensi yang lebih canggih dan berprestasi tinggi. (more…)
Category: Modenas
EMOS kini telah mempunyai rangkaian 20 wakil pusat servis Kawasaki di seluruh negara
Modenas hari ini rasmi mengumumkan bahawa anak syarikatnya iaitu EMOS (Edaran Modenas Sdn Bhd) telah meluaskan lagi rangkaian wakil pusat servisnya di bahagian Sabah, wilayah Tengah dan Utara negara. Dengan itu rangkaian pusat servis Kawasaki di bawah EMOS kini meningkat kepada 20 wakil, berbanding 13 wakil sebelumnya. (more…)
Kawasaki tidak mempunyai perancangan untuk mengeluarkan model kapcai atau supermoped untuk pasaran Malaysia
Sejak beberapa tahun yang lepas sehingga kini, peminat motosikal di pasaran Malaysia masih sabar menantikan pelancaran model terbaharu supermoped keluaran Modenas. Lebih menarik lagi apabila Modenas melalui EMOS dilantik sebagai pengedar eksklusif Kawasaki untuk pasaran Malaysia, harapan tersebut dikatakan bakal menjadi realiti. (more…)
Modenas Dominar D400 2022 versi touring serba lengkap dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi
Menurut sumber daripada blog Paultan.org, Modenas dijangka akan memperkenalkan versi touring serba lengkap untuk Modenas Dominar D400 2022 di pasaran Malaysia. Pelancaran model berkenaan mungkin akan berlangsung tidak lama lagi, antara bulan Mei atau Jun 2022. Namun kesahihan maklumat itu ketika ini belum dapat disahkan. (more…)
Modenas kini secara rasminya menjadi pengedar eksklusif Kawasaki di pasaran Malaysia, bermula 01hb. April 2022
Pengeluar motosikal nasional Modenas pada tarikh 01hb. April 2022 baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pengedar rasminya EMOS (Edaran Modenas Sdn. Bhd.), telah sah menjadi pengedar eksklusif baharu untuk Kawasaki di pasaran Malaysia, berikutan tamatnya tempoh peralihan selama enam bulan bersama KMSB Motors Sdn. Bhd. (more…)