Honda Rebel 500 2023 kini di Malaysia, harga RM 33,899.00

Honda Rebel 500 2023 kini di pasaran Malaysia, dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Smoky Gray, Candy Diesel Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Harga asasnya RM 33,899.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Tempoh jaminannya ialah selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana tiba dahulu.

Honda Rebel 500 2023 dilengkapi enjin 471cc (Liquid-Cooled, 4-Stroke, DOHC Twin Cylinders, PGM-FI), seterusnya dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan.

Kuasa maksimumnya 45.6hp @ 8,500rpm dengan tork 43.3Nm @ 6,000rpm. Untuk anda yang berminat, boleh kunjungi bilik pameran Honda BigWing yang berdekatan.