Honda Gold Wing Tour 2023 kini di Malaysia, harga RM 210,888.00

Honda Gold Wing Tour 2023 kini ditawarkan di pasaran Malaysia, dengan harga asas sebanyak RM 210,888.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Tempoh jaminan yang ditawarkan ialah selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana tiba dahulu. Model tersebut hanya mempunyai satu pilihan warna sahaja iaitu Graphite Black.

Honda Gold Wing Tour 2023 dilengkapi enjin bersesaran 1,833cc (liquid-cooled, 4-stroke, 24 valve, SOHC flat-6) yang dipadankan dengan transmisi DCT tujuh kelajuan.

Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut mencapai 124.7hp @ 5,500rpm, dengan tork 170Nm @ 4,500rpm. Berat model touring itu 386 kg (kerb weight).