Selain model naked Honda CB650R 2023, Boon Siew Honda pada masa yang sama turut melancarkan model sports bike Honda CBR650R 2023 untuk pasaran Malaysia.
Model tersebut ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red dan Mat Gunpowder Black Metallic, yang kini menerima beberapa kemaskini baharu yang lebih menarik berbanding Honda CBR650R 2022.
Antaranya enjin yang kini berwarna hitam sepenuhnya, dan juga fairing di bahagian bawah yang kini tampil berwarna hitam untuk pilihan warna Grand Prix Red. Bagi pilihan warna Mat Gunpowder Black Metallic pula, ianya kini menerima sentuhan jalur berwarna biru.
Untuk pasaran Malaysia, Honda CBR650R 2023 ditawarkan dengan harga asas RM 46,499.00. Tempoh jaminannya ialah selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana tiba lebih awal.
Aspek prestasi, ianya dikuasakan enjin 649cc (liquid-cooled, 16-valve, DOHC, inline 4-cylinder) dengan kuasa maksimum 93.87hp @ 12,000rpm dan tork maksimum 64Nm @ 8,500rpm.