Boon Siew Honda pada dua hari yang lepas secara rasmi memperkenalkan Honda CB650R 2023, yang kini tampil dengan satu pilihan warna baharu yang lebih menyerlah.
Pilihan warna baharu itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic (Black Edition), di samping pilihan dua warna terdahulu iaitu Mat Jeans Blue Metallic dan Candy Chromosphere Red.
Untuk pasaran Malaysia, Honda CB650R 2023 ditawarkan dengan harga jualan asas sebanyak RM 44,499.00, dengan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana tiba dahulu.
Di bahagian enjin, ianya bersesaran 649cc (liquid-cooled, 16-valve, DOHC, inline 4-cylinder) dengan kuasa maksimum 93.87hp @ 12,000rpm dan tork puncak 64Nm @ 8,500rpm.
Untuk peminat model naked, Honda CB650R 2023 ini merupakan salah satu pilihan yang tepat. Selain penampilannya yang sporty, tahap prestasinya juga adalah memuaskan.