Model naked terbaharu Kawasaki Z7 Hybrid 2024 kini rasmi diperkenalkan, tampil menggabungkan teknologi ICE (Internal Combustion Engine) dan EV (Electric Vehicle).
Di bahagian enjin, ianya bersesaran 451cc (water-cooled, four-stroke, twin cylinder) dengan kuasa maksimum 58.3hp. Enjin tersebut kemudiannya bergandingan bersama-sama ‘electric traction motor’ dengan kuasa maksimum 12hp (9 kW).
Menurut Kawasaki, Z7 Hybrid ini boleh ditunggang sama ada dengan menggunakan enjin petrol sahaja, atau dengan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dengan jarak perjalanan sehingga 12 km.
Kawasaki Z7 Hybrid 2024 bakal berada di pasaran mulai tahun depan, dengan dua pilihan warna iaitu Metallic Bright Silver / Metallic Matte Lime Green / Ebony dan Metallic Matte Graphenesteel Gray / Ebony / Metallic Graphite Gray.
Untuk pasaran Malaysia, model naked hibrid yang canggih ini sewajarnya turut dilancarkan, sebagai salah satu usaha bagi mengawal kesan rumah hijau.