Benelli BKX 300 S 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah

Benelli baru-baru ini telah memperkenalkan model Benelli BKX 300 S 2024. Ianya merupakan versi jalanan di samping versi adventure bagi model Benelli BKX 300 2024.

Menurut Benelli, BKX 300 S ini akan tiba di pasaran Eropah mulai pertengahan tahun depan, dan ianya turut ditawarkan dalam versi 125cc dan 250cc untuk beberapa pasaran tertentu.

Benelli BKX 300 S 2024 dilengkapi enjin yang sama seperti mana model Benelli BKX 300 2024, iaitu bersesaran 292.4cc (single cylinder, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft) dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Jumlah keluaran kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin bertaraf Euro 5+ itu mencapai paras 29.2hp @ 9,000rpm, dengan tork maksimum 24.5Nm @ 7,000rpm.