Kawasaki Ninja ZX-10R 2023 terima kemaskini warna baharu di pasaran Eropah dan USA

Model supersport Kawasaki Ninja ZX-10R 2023 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah dan USA, dengan pilihan warna terbaharu yang lebih menarik. Bagi pasaran Eropah dan USA, kedua-duanya menerima pilihan warna KRT Edition versi paling terkini yang sama, namun bagi pilihan warna standard, kedua-dua pasaran itu menerima skim warna yang berbeza.

Bagi pasaran Eropah, pilihan warna standard yang diterima ialah Pearl Robotic White / Metallic Diablo Black, manakala untuk pasaran USA, pilihan warna standardnya ialah Metallic Matte Graphenesteel Gray / Metallic Diablo Black. Beralih ke bahagian spesifikasi dan teknikal pula, tiada sebarang perubahan terkini yang diumumkan oleh Kawasaki untuk model tersebut.

Berkenaan harga, Kawasaki Ninja ZX-10R 2023 di pasaran UK ditawarkan sebanyak £17,499, bersamaan nilai RM 93.296.59. Untuk pasaran USA, model tersebut boleh dimiliki dengan harga $17,399, bersamaan RM 82,025.85 untuk kedua-dua pilihan warna yang ditawarkan. Namun bagi model KRT Edition, varian ABS turut tersedia dengan harga $18,399 (RM 86,740.25).

Untuk maklumat selanjutnya mengenai spesifikasi dan ciri-ciri yang ditawarkan melalui model Ninja ZX-10R ini, anda boleh layari dua artikel terdahulu seperti dibawah sebagai rujukan :

Galeri : 2023 Kawasaki Ninja ZX-10R (Europe)

Galeri : 2023 Kawasaki Ninja ZX-10R (USA)