Boon Siew Honda menerusi laman Facebook rasmi mereka pada hari ini telah menyiarkan sekeping imej teaser terbaharu, dengan kapsyen “Sesuatu Yang Menarik Akan Datang November 2022”. Berdasarkan imej yang tertera itu, ianya merupakan sebuah model skuter yang mirip Honda Vario 150 eSP. Model tersebut sebelum ini dilancarkan di pasaran Indonesia pada tahun 2015.
Honda Vario 150 eSP mempunyai reka bentuk yang lebih menarik berbanding Honda Vario 150 yang dijual di pasaran negara kita pada ketika ini, cuma ianya merupakan model yang telah lama berada di pasaran negara jiran. Atau mungkin juga model yang akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan November 2022 nanti merupakan model skuter terbaharu yang lain.
Setakat ini, antara model-model skuter terbaharu lain yang telah pun ditawarkan di pasaran Indonesia dan Thailand adalah seperti Honda PCX 160, Honda Vario 160 dan Honda ADV160. Sayangnya imej teaser yang disiarkan oleh Boon Siew Honda itu tidak menepati profail muka depan ketiga-tiga model tersebut. Apa pun kita tunggu pelancaran rasmi model itu pada bulan depan.