Yamaha TMAX 560 dan TMAX 560 Tech Max 2022 di pasaran Jepun, harga bermula dari RM 43,544.27

Untuk pasaran Jepun, Yamaha TMAX 560 2022 dan Yamaha TMAX 560 Tech Max 2022 mula ditawarkan sejak bulan Julai 2022 yang lepas. Tersedia dalam tiga pilihan warna, harga jualan untuk TMAX 560 adalah sebanyak 1,364,000 Yen, bersamaan nilai RM 43,544.27. Bagi model TMAX 560 Tech Max pula, harganya ialah sebanyak 1,551,000, bersamaan nilai RM 49,514.04.

Kedua-dua model skuter maxi itu dilengkapi enjin bersesaran 562cc (liquid-cooled, parallel twin-cylinder, EURO5, 4-stroke, 4-valves, DOHC) dengan sistem transmisi automatik CVT, seterusnya menawarkan prestasi maksimum 48PS @ 7,500rpm dengan tork maksimum 56Nm @ 5,250rpm. Model seberat 218 kg dan 220 kg itu kemudiannya dilengkapi kapasiti tangki bahan api 15 liter.

Berbanding varian standard Yamaha TMAX 560, varian teratas Yamaha TMAX 560 Tech Max mempunyai beberapa ciri yang lebih premium seperti cruise control, skrin boleh laras elektrik, pemanas genggaman, pemanas tempat duduk utama, suspensi belakang boleh laras, dan suis handlebar yang bercahaya. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh layari dua artikel berikut :