Kawasaki W175 SE 2023 di pasaran Indonesia kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu, harga RM 10,453.67

Untuk pasaran Indonesia, Kawasaki W175 SE 2023 baru-baru ini telah diperkenalkan dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Metallic Matte Covert Green, Ebony dan Metallic Resplendent Silver. Harganya ialah sebanyak Rp. 34,300,000, bersamaan nilai RM 10,453.67 (kadar semasa).

Kawasaki W175 SE 2023 kekal menampilkan gaya rekaan retro yang menawan, di samping enjin bersesaran 177cc (Air-cooled, 4-stroke, Single, SOHC, 2 valves) dengan padanan transmisi lima kelajuan. Sistem penyampaian bahan apinya masih lagi karburetor (Mikuni VM24), berbanding Kawasaki W175 2023 di pasaran India yang kini telah dilengkapi sistem suntikan bahan api.

Pada bahagian suspensi, ianya dilengkapi fork depan teleskopik 30 mm, supensi belakang jenis berkembar (adjustable spring preload), brek cakera depan 220 mm, brek dram belakang 110 mm, tayar depan dalam siri 80/100-R17, tayar belakang dalam siri 100/90-R17, tinggi tempat duduk 780 mm, kapasiti maksimum tangki bahan api 14 liter, dan berat hanya 126 kg (curb weight).

Setakat ini berdasarkan pemerhatian, ramai peminat motosikal di Malaysia yang mahukan pihak Kawasaki dan juga Modenas, untuk membawa masuk model W175 ini. Jika ianya dipasang secara CKD oleh Modenas dan dijual pada harga mampu milik, pasti akan mendapat sambutan hangat.