SYM VF3i 185 V3 2022 bakal dilancarkan di pasaran Filipina

Untuk pasaran Filipina, model moped SYM VF3i 185 V2 2020 telah dilancarkan pada September 2020. Oleh itu kini sudah tiba masanya model tersebut digantikan dengan versi yang lebih berkuasa iaitu SYM VF3i 185 V3 2022, yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ianya merupakan model yang sama di pasaran Malaysia, dikenali sebagai SYM VF3i 185 Pro 2020.

Kelebihan SYM VF3i 185 V3 untuk pasaran Filipina sudah pasti enjinnya yang lebih berkuasa, yang mampu menghamburkan prestasi maksimum 19.7hp @ 9,000rpm dengan tork puncak 17.4Nm @ 7,500rpm. Selain itu ianya turut dilengkapi sistem brek ABS untuk ciri keselamatan yang lebih mantap, termasuklah tuil brek dan klac tangan dengan ciri yang boleh dilaraskan.

Setakat ini SYM Filipina masih belum mengumumkan tarikh sebenar pelancaran SYM VF3i 185 V3, kecuali hanya menyiarkan imej teaser model berkenaan seperti mana paparan di atas. Di pasaran Filipina, model moped dan kapcai masih lagi menjadi pilihan ramai peminat motosikal di sana, namun tidak pasti sejauh manakah penerimaan dan jualan model SYM VF3i 185 ini.