Yamaha Motor Vietnam pada beberapa hari yang lepas secara rasminya melancarkan model skuter Yamaha Grande 2022 berwajah baharu untuk pasaran Vietnam. Model itu tampil dalam pilihan tiga varian iaitu Limited Edition, Special Edition dan Standard, dan masing-masing mempunyai empat (Limited, Special) dan tiga (Standard) pilihan warna.
Sekali pandang, Yamaha Grande 2022 berwajah baharu ini kelihatan begitu elegan dan bergaya. Enjinnya hadir dalam kapasiti 125cc (Blue Core Hybrid, air-cooled, 4-stroke, 2-valve) dengan padanan transmisi automatik, dan menawarkan kuasa maksimum 8.3PS @ 6,500rpm dengan tork 10.4Nm @ 5000 rpm. Kapasiti tangki petrolnya ialah 4.0 liter.
Di bahagian suspensi, ianya menggabungkan fork depan jenis teleskopik dan suspensi belakang tunggal. Sistem brek menggunakan cakera di bahagian depan dan dram pada bahagian belakang. Sistem lampunya merupakan LED sepenuhnya, manakala paparan panel meter digital menawarkan reka bentuk baharu yang bergaya dan bermaklumat.
Yamaha Grande 2022 dilengkapi tayar depan dan belakang dalam saiz 110/70-R12 dan 110/70-R12. Berat (wet weight) keseluruhan model skuter berkenaan mencapai 101 kg bagi varian Limited dan Special, dan 100 kg untuk varian Standard. Pelbagai spesifikasi dan ciri-ciri menarik telah melengkapi model skuter tersebut untuk lebih kemudahan.
Antaranya termasuklah enjin Blue Core Hybrid yang berprestasi dan ekonomi sehingga 1.66 liter / 100 km, sistem Stop & Start, sistem kunci pintar, butang One Push Start yang memudahkan, Yamaha Y-Connect, port pengecas telefon dan ruang kompatmen depan, penutup tangki bahan api di bahagian depan sebelah kiri untuk pengisian petrol dengan mudah, dan ruang barangan seluas 27 liter di bawah tempat duduk dengan lampu LED.
Bagaimanapun untuk varian Standard, model skuter itu tidak dilengkapi dengan sistem kunci pintar dan sistem brek ABS. Berkenaan harga jualan untuk Yamaha Grande 2022 di pasaran Vietnam, di bawah berikut ialah senarai harganya. Setakat ini untuk pasaran Malaysia, belum ada sebarang maklumat sama ada ianya akan turut dilancarkan nanti.
- Yamaha Grande Limited Edition 2022 : VND 51,000,000 (RM 9,913.02)
- Yamaha Grande Special Edition 2022 : VND 50,300,000 (RM 9,776.96)
- Yamaha Grande Standard Version 2022 : VND 45,900,000 (RM 8,921.72)
Galeri : Yamaha Grande Limited Edition 2022
Galeri : Yamaha Grande Special Edition 2022