Siri Bajaj Pulsar 250 2021 serba baharu telah dilancarkan di pasaran India pada bulan Oktober 2021 yang lalu, dalam dua pilihan model Pulsar F250 dan Pulsar N250. Kedua-dua model ‘Semi-Faired Street Racer’ dan ‘Naked Streetfighter’ itu didatangkan dengan pelbagai spesifikasi dan ciri-ciri menarik, termasuklah sistem brek Single Channel ABS.
Terkini dalam bulan Jun 2022 yang lalu, Bajaj Pulsar F250 2022 dan Bajaj Pulsar N250 2022 untuk pasaran India telah didatangkan dalam varian terbaharu dengan sistem brek Dual Channel ABS. Di samping itu, kedua-dua model berkenaan kini ditawarkan dengan pilihan warna tunggal Brooklyn Black, bersama-sama kemasan jalur perak dan merah.
Spesifikasi yang lain masih sama seperti mana varian Single Channel ABS, seperti enjin 249.07cc (single cylinder, 4 stroke, SOHC, 2 valve, oil cooled, FI) yang menjana 24.5PS @ 8,750rpm dengan tork maksimum 21.5Nm @ 6,500rpm. Enjin tersebut kemudiannya telah digandingkan dengan sistem transmisi lima kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Melengkapkan lagi spesifikasi pada varian Bajaj Pulsar 250 Dual Channel ABS 2022 itu ialah tangki bahan api 14 liter, fork depan teleskopik 37 mm, suspensi belakang tunggal, lampu depan LED jenis projektor dengan lampu LED DRL (Bi functional LED projector headlamp with position lamp), penunjuk gear (gear indicator), dan port pengecas USB.