Suzuki SV650 2023 terima pilihan warna terbaharu di pasaran Itali

Untuk pasaran Itali, Suzuki SV650 2023 baru-baru ini telah menerima kemaskini warna terbaharu, dalam tiga pilihan kesemuanya iaitu Blue Las Vegas, London Gray dan Black Dubai. Di pasaran Malaysia, Suzuki SV650 2021 telah diperkenalkan sebelum ini, yang tampil dengan warna Sparkle Black / Pearl Brilliant White, pada harga RM 37,289.00.

Suzuki SV650 2023 masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti model terdahulu, namun penampilan skim warna terbaharunya kali ini kelihatan lebih menarik dan segar. Untuk pasaran Itali, harganya adalah sebanyak € 6,890, bersamaan nilai RM 31,463.84. Kita nantikan sama ada pilihan warna terbaharu ini akan turut tiba di pasaran Malaysia.