Di pasaran Brazil, Honda menawarkan model kapcai Honda Biz 110i 2022, yang tampil dengan rekaan moden, enjin yang ekonomi dan ciri-ciri yang praktikal. Model berkenaan tersedia dalam tiga pilihan warna Metallic Silver, Branco dan Red, dengan harga jualan sebanyak R$ 10,170.00, bersamaan RM 8,886.25 mengikut nilai mata wang semasa.
Honda Biz 110i dikuasakan enjin bersesaran 109.1cc (OHC, single cylinder 4 stroke, air cooled) dengan sistem PGM-FI, dan dipadankan dengan transmisi empat kelajuan yang lancar. Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 8.33hp @ 7,250rpm, dengan tork maksimum 8.7Nm @ 5,500rpm. Kapasiti maksimum tangki bahan apinya ialah 5.1 liter.
Selanjutnya, Honda Biz 110i dilengkapi fork depan teleskopik, suspensi belakang jenis berkembar, brek dram depan dan belakang CBS, tayar depan bersaiz 60/100 – R17 dan tayar belakang 80/100 – R14, tinggi tempat duduk 753 mm, soket pengecas 12V, ruang barangan luas di bawah tempat duduk, dan Honda Protection System (handlebar lock).