Motosikal dengan lampu depan berbentuk bulat dan unik ini merupakan model Yamaha Libero keluaran tahun 2002, menurut sumber rasmi dari Yamaha Motor Co., Ltd. Pernah ditawarkan di pasaran India, jadi ianya didatangkan dengan Saree Guard yang menjadi salah satu ciri wajib untuk motosikal di pasaran India, demi keselamatan pembonceng.
Spesifikasi enjin Yamaha Libero ini dipercayai sama seperti enjin model Yamaha Libero G5 (sumber dari Wikipedia), iaitu bersesaran 106cc dengan kotak gear empat kelajuan. Spesifikasi lainnya termasuklah tangki bahan api 13 liter, brek jenis dram di depan dan belakang, muffler ekzos sporty, dan speedometer berbentuk bulat dengan takometer.
Penampilan keseluruhan Yamaha Libero 2002 seperti mana yang dipaparkan di dalam galeri di bawah boleh dikatakan menarik, kecuali di bahagian lampu depannya sahaja. Namun untuk pasaran India, model seperti ini dipercayai mempunyai peminatnya yang tersendiri. Model tersebut juga dikatakan ditawarkan untuk pasaran negara Bangladesh.