Untuk pasaran Eropah, Yamaha bukan saja menawarkan Yamaha XMAX 300 2022 dalam versi standard, malah turut menawarkannya dalam versi yang lebih sporty dan premium iaitu Yamaha XMAX 300 Tech MAX 2022. Untuk musim ini, ianya menerima pilihan warna baharu Dark Petrol, bersama-sama pilihan warna terdahulu Power Grey.
Yamaha XMAX 300 Tech MAX turut tampil dengan beberapa ciri-ciri tambahan menarik, seperti tempat duduk dengan material dan jahitan premium, pelapik kulit di bahagian dalam yang sepadan dengan tempat duduk, pemijak kaki aluminium, kemasan dalaman istimewa, selain reka bentuk MAX yang sporty dan ciri-ciri Tech MAX yang eksklusif.
Beralih ke bahagian enjin, ianya bersesaran 292cc (4-valves, 4-stroke, single cylinder, liquid-cooled, SOHC) dengan keluaran kuasa maksimum 27.6hp @ 7,250rpm dan tork maksimum 29Nm @ 5,750rpm. Enjin yang patuh piawaian emisi Euro 5 dan ekonomi itu kemudiannya telah dipadankan dengan sistem transmisi automatik V-Belt yang lancar.
Spesifikasi lain yang melengkapi XMAX 300 Tech Max ini ialah seperti tangki bahan api 13 liter, Traction Control System (TCS), Smart Key System, brek dengan ABS, soket pengecas 12V, ruang barangan yang luas dan boleh memuatkan dua buah topi keledar, panel meter digital, serta lampu depan dan belakang LED dengan lampu posisi LED.