Di pasaran China pada akhir bulan Mac 2022 yang lepas, model skuter terbaharu iaitu Longjia XDV 250Si 2022 dengan rasminya telah dilancarkan. Untuk pasaran Malaysia, model tersebut juga bakal dilancarkan, dan akan dikenali dengan nama WMoto Xtreme 250 2022. Namun tarikh pelancaran rasmi model itu setakat ini masih belum diketahui.
Terkini, Longjia XDV 250Si di pasaran China kini telah didatangkan dalam versi dengan enjin yang lebih kecil, iaitu bersesaran 149cc. Nama yang akan diberikan untuk model tersebut mungkin Longjia XDV 150Si, dan dipercayai ianya akan dilancarkan di pasaran China tidak lama lagi. Tentu menarik kalau ianya juga dilancarkan di pasaran Malaysia.
Berdasarkan maklumat awal dan paparan gambar seperti di bawah, Longjia XDV 150Si mempunyai reka bentuk sama seperti model Longjia XDV 250Si, dan mempunyai tayar depan dan belakang dalam siri 110/70-13 dan 130/70-13. Jumlah kuasa yang dihasilkan oleh model seberat 156 kg itu ialah 10.5kW (14hp), yang boleh dikatakan memuaskan.
Longjia XDV 150Si seterusnya turut dilengkapi sistem brek cakera dengan ABS, namun fork depannya bukanlah jenis upside-down seperti Longjia XDV 250Si, hanya teleskopik biasa sahaja. Jika anda perhatikan paparan gambar di bawah, terdapat perbezaan pada bahagian cover enjin, dan ianya dikatakan sebagai pilihan (optional engine side cover).
Sumber : Vanhoe Rage FB
Galeri : 2022 Longjia XDV 150Si
Galeri : 2022 Longjia XDV 250Si