Skuter elektrik Kymco Super 9 2022 kini tampil lebih agresif

Bertempat di pameran motosikal EICMA 2021 pada November yang lepas, Kymco telah mempamerkan sebuah model skuter elektrik terbaharu Kymco Super 9 2022. Jika anda masih ingat, model tersebut adalah sama dengan model Kymco F9 2021, dan tentunya Kymco Super 9 ini telah menerima beberapa naik taraf terbaharu yang lebih menarik.

Namun Kymco tidak mendedahkan spesifikasi sebenar yang melengkapi Kymco Super 9, malah siaran akhbar mengenai model tersebut juga belum dikeluarkan. Berdasarkan gambar-gambar yang didedahkan seperti mana dalam galeri di bawah, Kymco Super 9 kini dilengkapi sistem brek cakera belakang, brek cakera depan yang berlainan, rekaan rim roda baharu, dan sistem transmisi di bahagian roda belakang juga tampil berubah.

Setakat ini, Kymco Super 9 ini dipercayai masih lagi merupakan sebuah model konsep. Namun bagi model Kymco F9 2021, versi pengeluarannya telah pun dilancarkan untuk pasaran China dengan nama Felo FW06 2021. Adakah Kymco Super 9 akhirnya bakal dilancarkan sama seperti versi konsep, dengan rekaan yang lebih sporty dan agresif?

Galeri : 2022 Kymco Super 9