Model adventure Suzuki V-Strom 250 diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2017 yang lalu. Namun pasaran model tersebut tidak meluas, dan di pasaran UK pada ketika ini, model tersebut tidak lagi dijual. Oleh itu adakah masih ada harapan untuk melihat model ini dilancarkan untuk pasaran Malaysia oleh Suzuki Malaysia Sdn. Bhd.?
Suzuki V-Strom 250 dikuasakan enjin bersesaran 248cc (liquid-cooled, SOHC, parallel twin), dengan keluaran kuasa maksimum 24PS @ 8,000rpm dan tork setinggi 22Nm @ 6,500rpm (sumber maklumat dari Wikipedia). Enjin tersebut dipadankan transmisi enam kelajuan. Untuk anda, saksikan galeri gambar-gambar menarik model tersebut di sini.
Galeri : 2019 Suzuki V-Strom 250