Makluman Penting : Menurut maklumat terkini, model kapcai retro WMoto RTR 50 ini tidak dijual di pasaran Malaysia. Namun setakat ini paparan mengenai model ini masih dipaparkan di dalam laman sesawang WMoto Malaysia.
WMoto Malaysia kini menawarkan sebuah model motosikal kapcai terbaharu di pasaran tempatan, yang tampil dengan gaya retro yang cukup menawan. Dikenali dengan nama WMoto RTR 50 2022, ianya dilengkapi enjin yang bersesaran hanya 49cc sahaja. Enjin itu menjana kuasa maksimum 2.68hp @ 7,500rpm, dengan tork 2.8Nm @ 6,000rpm.
Dengan sistem karburetor, sejukan udara dan kotak gear empat kelajuan, enjin sekecil itu mampu membawa RTR 50 ini mencapai kelajuan maksimum 45 km/j, sangat sesuai untuk kegunaan pelajar-pelajar ke sekolah. Spesifikasi lain termasuk sistem lampu, brek depan dan belakang, panel meter dan suspensi, semuanya tampil serba sederhana.
Namun sesuai dengan penampilan dan spesifikasinya, WMoto RTR 50 2022 ini datang dengan tanda harga bermula dari hanya RM 2,600.00 sahaja. Harga tersebut dipercayai harga asas, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Jadi inilah dia, sebuah model motosikal bersesaran 50cc, untuk anda yang mungkin trauma dengan kelajuan.
Lagi Artikel Menarik :
- WMoto ES250i 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 13,888.00
- Skuter adventure WMoto Xtreme 250 2022 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, dilengkapi enjin bersesaran 244cc
- WMoto F15 2022 rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga asas mampu milik serendah RM 5,999.00 sahaja
- Mencari asal usul : WMoto F15 2022 di pasaran Malaysia