Suzuki Malaysia kelmarin rasmi melancarkan tiga buah model terbaharu dalam kelas 150cc untuk pasaran Malaysia. Ketiga-tiga model tersebut ialah Suzuki Raider R150 Fi, Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150. Di bawah berikut ialah senarai harga jualan asas yang ditawarkan, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
- 2022 Suzuki Raider R150 Fi : RM 8,173.00
- 2022 Suzuki GSX-S150 : RM 10,289.00
- 2022 Suzuki GSX-R150 : RM 11,329.00
Suzuki Raider R150 Fi merupakan sebuah model moped, manakala Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150 masing-masing merupakan model naked dan sport bike. Ketiga-tiganya dikuasakan enjin yang sama iaitu bersesaran 147cc (Twincam 4 valve, DOHC, 4 stroke, Liquid Cooled), seterusnya dipadankan sistem transmisi enam kelajuan.
Sebagai permulaan sempena kembalinya Suzuki dengan model-model di bawah 150cc di pasaran Malaysia, Suzuki Raider R150 Fi, Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150 hanya ditawarkan dalam dua pilihan warna sahaja bagi setiap model. Mungkin selepas ini akan terdapat lebih banyak pilihan warna, bergantung kepada penerimaan pasaran.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi dan ciri-ciri yang ditawarkan ketiga-tiga model tersebut, anda boleh meneliti paparan brosur yang disiarkan dalam galeri di bawah. Atau anda boleh kunjungi Road Show Suzuki Malaysia yang kini berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya, bermula dari 09 sehingga 13 Mac, 2022 (10 pagi – 10 malam).
Sumber brosur : Ming Motor Port Dickson FB