Di pasaran Malaysia pada ketika ini, terdapat pelbagai pilihan model skuter yang sporty, praktikal dan menawan. Bagi peminat model-model skuter dengan enjin di bawah 150cc dengan harga jualan yang rendah dan berpatutan, adakalanya ianya sukar untuk dicari. Namun CMC Motorcycles kini menawarkan sebuah model dengan harga mampu milik.
Model skuter itu ialah CMC Italjet 125, yang kini ditawarkan dengan harga bermula dari RM 2,999.00 sahaja (harga asas untuk model pra-pendaftaran dengan sifar perbatuan). Harga On The Road (OTR) untuk model berkenaan pula hanya RM 3,234.00, termasuk nilai insuran sebanyak RM 235.00, yang mana ianya masih lagi harga yang berpatutan.
Bagi model baharu tanpa pra-pendaftaran pula, harga jualan asas yang ditawarkannya adalah sebanyak RM 3,999.00 sahaja (harga OTR termasuk insuran RM 235.00 adalah sebanyak RM 4,234.00). Setakat ini tidak dapat dipastikan bilakah promosi istimewa ini akan berakhir, bermakna anda perlu bertindak pantas untuk memiliki model skuter ini.
Dari aspek spesifikasi, CMC Italjet 125 dilengkapi enjin berkapasiti 125cc dengan kuasa maksimum 8.9hp @ 8,000rpm dan tork maksimum 8.6Nm @ 6,000rpm. Dengan berat hanya 118 kg (net weight), jumlah keluaran kuasa dan tork itu sememangnya memadai. Untuk perjalanan yang lebih jauh, tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 6.8 liter.
Di bahagian suspensi, CMC Italjet 125 menggabungkan fork depan jenis teleskopik dan monoshock di bahagian belakang, untuk pengendalian yang lincah dan ciri tunggangan yang lebih selesa. Sistem brek cakera depan dan belakangnya pula melengkapkan ciri-ciri keselamatannya, dengan saiz cakera depan 190 mm dan cakera belakang 205 mm.
CMC Italjet 125 berdiri di atas tayar depan berukuran 120/60 – R13 dan tayar belakang 130/60 – R13, dengan ketinggian tempat duduknya berada pada paras 800 mm. Antara ciri-ciri menarik lainnya termasuklah ruang barangan yang luas di bawah tempat duduk, penyangkut teh tarik, sistem lampu depan dan belakang LED, dan panel meter digital.
Sumber : CMC Motorcycles FB, Nina RE Motor FB dan Hassan SBK FB