India Yamaha Motor (IYM) Pvt. Ltd. pada kelmarin rasmi melancarkan varian terbaharu Yamaha YZF-R15S V3 (Unibody Seat) 2021 untuk pasaran India. Berbanding Yamaha YZF-R15 2021 yang dilengkapi tempat duduk terpisah (Split Seat), varian Unibody Seat kini menawarkan tempat duduk bersambung yang lebih selesa untuk pembonceng.
Hanya tersedia dalam pilihan warna tunggal Racing Blue, harganya ialah Rs. 1,57,600, bersamaan RM 8,871.45. Yamaha YZF-R15S V3 (Unibody Seat) 2021 dikuasakan enjin 155cc VVA (4-stroke, liquid-cooled, SOHC, 4-valve) dengan gandingan transmisi enam kelajuan, seterusnya menjana 18.6PS @ 10,000rpm dengan tork 14.1Nm @ 8,500rpm.
Model tersebut kekal dilengkapi ‘Multi Function LCD Instrument Cluster with Gear Shift Indicator’, ‘Dual Channel ABS’, ‘Assist & Slipper Clutch’, ‘Side stand with engine cut-off Switch’, ‘Deltabox Frame’, ‘Aluminum Swingarm’, dan ‘Super Wide 140/70-R17 Radial Rear Tyre’. Turut tidak dilupakan ialah kelengkapan ‘Saree Guard’ untuk keselamatan.
Untuk pasaran India dalam bulan September 2021 yang lepas, IYM telah melancarkan Yamaha YZF-R15 V4 2021 serba baharu. Namun menurut syarikat tersebut, setakat ini model Yamaha YZF-R15 V3 sama ada dalam varian Split Seat atau Unibody Seat akan terus dijual. Ini kerana model berkenaan masih lagi mendapat permintaan dari peminat.