Yamaha MX King 150 World GP 60th Anniversary Edition 2021 diperkenalkan di pasaran Indonesia

Yamaha Indonesia pada beberapa hari yang lepas telah memperkenalkan Yamaha MX King 150 (Yamaha Y15ZR) dalam versi World GP 60th Anniversary Edition, yang tampil dalam skim warna ikonik putih dan merah, bagi memperingati sambutan ulangtahun kali ke-60 Yamaha sepanjang penyertaan dalam perlumbaan MotoGP (1961 – 2021).

Model moped tersebut turut didatangkan dengan rim roda berwarna emas yang ternyata menyerlahkan lagi penampilan baharunya itu. Beralih ke bahagian teknikal, Yamaha MX King 150 World GP 60th Anniversary Edition 2021 kekal dengan spesifikasi sebelumnya iaitu dikuasakan enjin dalam sesaran 150cc dengan padanan transmisi lima kelajuan.

Untuk pasaran Indonesia, Yamaha MX King 150 dalam versi World GP 60th Anniversary Edition 2021 ini boleh dimiliki dengan tanda harga sebanyak Rp 24,975,000, bersamaan RM 7,320.49 (mengikut kadar semasa). Untuk pasaran Malaysia, adakah nanti Yamaha Y15ZR juga akan turut diperkenalkan dalam versi World GP 60th Anniversary Edition?