Sebuah lagi model skuter terbaharu bergaya adventure muncul di pasaran China iaitu Longjia XDV300i 2022. Model ini dikatakan bakal dilancarkan secara rasmi dalam bulan Februari 2022 akan datang. Apa yang menariknya mengenai model Longjia XDV300i ini ialah reka bentuk dan gayanya yang diinspirasikan daripada model Honda ADV150.
Berdasarkan maklumat yang ada, ianya dikuasakan enjin bersesaran 278.2cc, dengan keluaran kuasa maksimum 24.8hp @ 7,500rpm dan tork setinggi 24.5Nm @ 6,750rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Untuk jarak perjalanan lebih jauh, tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum 13.5 liter.
Longjia XDV300i ini dilengkapi tayar depan dan belakang masing-masing dalam ukuran 110/70-13 dan 130/70-13, ketinggian tempat duduk 805 mm, jarak kelegaan bumi 160 mm, dan berat 169 kg. Ciri-ciri menariknya yang lain ialah panel meter digital berwarna, windshield boleh dilaraskan, dan ruang barangan di bawah tempat duduk yang luas.
Selain itu, model skuter adventure ini turut didatangkan kelengkapan seperti fork depan jenis terbalik, suspensi belakang berkembar dengan tabung gas, dan sistem brek ABS dua saluran. Untuk pasaran Malaysia, ianya akan ditawarkan dalam versi dengan enjin 250cc, seperti mana yang diumumkan melalui model WMOTO Xtreme 250 2022 ini.
Sumber : newmotor.com.cn & jddmoto.com