Boon Siew Honda akan melancarkan sebuah model terbaharu, adakah ianya Honda CBR150R 2021?

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. melalui laman Facebook Honda Motorcycle Malaysia hari ini dengan rasminya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model terbaharu, pada tarikh 07hb. September 2021, jam 8.00 malam. Setakat ini, pihak Boon Siew Honda masih belum mendedahkan model apakah yang akan dilancarkan itu.

Namun begitu berdasarkan imej teaser yang disiarkan seperti di bawah, model tersebut besar kemungkinan ialah Honda CBR150R 2021, yang sebelum ini telah dilancarkan di beberapa pasaran seperti Indonesia, Filipina, Bangladesh, Kemboja dan juga Laos. Jika benar, ianya merupakan berita gembira kepada peminat motosikal di negara kita.

Honda CBR150R 2021 apabila dilancarkan nanti, ianya bakal memberikan lebih banyak pilihan kepada peminat motosikal tempatan. Model tersebut juga merupakan pencabar sebenar kepada model Yamaha YZF-R15 2021. Namun begitu, mungkin juga ada yang kecewa, kerana sehingga kini belum ada berita mengenai model Honda Winner X.