Suzuki Malaysia baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan enam buah model baharu untuk pasaran tempatan, yang mana dua daripadanya ialah Suzuki GSX-R1000 2021 dan Suzuki GSX-R1000R 2021. Bagi model Suzuki GSX-R1000, ianya tersedia dalam pilihan warna tunggal Metallic Matt Black, dengan harga asas RM 99,289.00.
Bagi model Suzuki GSX-R1000R pula, dua pilihan warna disediakan iaitu Metallic Triton Blue / Metallic Mystic Silver (100th Anniversary Edition) dan Metallic Matt Black, dengan harga jualan asasnya sebanyak RM 110,289.00. Tempoh jaminan yang diberikan untuk kedua-dua model versi CBU itu adalah selama 2 tahun atau 20,000 jarak perbatuan.
Suzuki GSX-R1000 dan Suzuki GSX-R1000R, kedua-duanya dilengkapi enjin 1,000cc (4-stroke, 4-cylinder, liquid-cooled, DOHC) dengan hamburan kuasa maksimum 202PS @ 13,200rpm dan tork maksimum 117.60Nm 10,800rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan dengan teknologi slipper clutch dan quick shifter.
Kedua-dua model tersebut mempunyai tangki petrol dengan kapasiti maksimum 16 liter, ketinggian tempat duduk 825 mm dan berat basah untuk GSX-R1000 dan GSX-R1000R masing-masing ialah 202 kg dan 203 kg. Pada bahagian roda, kedua-duanya dilengkapi tayar depan yang berukuran 120/70-ZR17 dan tayar belakang berukuran 190/55-ZR17.
Untuk tahap keselamatan terbaik, ianya ditugaskan kepada sistem brek cakera Brembo pada bahagian depan dan Nissin pada bahagian belakang, lengkap dengan ABS. Lebih dari itu, Suzuki GSX-R1000 dan Suzuki GSX-R1000R kedua-duanya dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih dan moden, namun mempunyai beberapa perbezaan.
Persamaan teknologi untuk kedua-dua model ialah Variable Valve Timing, Bi-Directional Quickshifter, Ride By Wire, Motion Track Traction Control, Motion Track Brake System, Top Feed Injectors, Dual-Stage Intake, Drive Mode Selector, Exhaust Tuning Valve-Alpha, Exhaust Tuning Valve, Back-Torque Limiting Clutch, dan Immobiliser System.
Dari segi perbezaan, Suzuki GSX-R1000 dilengkapi suspensi depan SHOWA inverted Big Piston Type forks (BPF) 43 mm, manakala Suzuki GSX-R1000R dilengkapi SHOWA Balance Free Front (BFF) 43 mm. Suspensi belakang GSX-R1000R juga lebih canggih, apabila didatangkan suspensi SHOWA Balance Free Rear Cushion Lite (BFRC Lite).
Untuk maklumat yang lebih lengkap, berikut ialah apa yang diperkatakan oleh Suzuki mengenai beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh model Suzuki GSX-R1000R 2021 :
There are two versions of the GSX-R1000 available. The higher specification GSX-R1000R comes fitted with Lean angle sensitive ABS, Balance Free suspension, launch control, braided front brake hoses, adjustable swingarm pivot, LED position lights, negative instrument display and lightweight upper yoke as standard.