Kawasaki Z900RS SE 2022 tampil dalam skim warna klasik Yellow Ball, terima naik taraf suspensi dan sistem brek

Kawasaki Motors Europe baru saja memperkenalkan Kawasaki Z900RS SE 2022 yang kini tampil dalam skim warna klasik Yellow Ball, yang dibawakan daripada model tahun 1972 iaitu Kawasaki Z1 Super Four. Selain daripada aspek kosmetik, Z900RS SE 2022 turut menerima naik taraf terkini sistem suspensi dan brek berbanding versi standard.

Di bahagian depan, model tersebut dilengkapi fork depan jenis terbalik (41 mm inverted fork with compression and rebound damping and spring preload adjustability) berwarna emas yang menyerlah, manakala di bahagian belakangnya ialah Öhlins S46 (Horizontal Back-link, gas-charged shock with rebound damping and spring preload adjustability).

Sistem brek depan pula memperlihatkan kelengkapan daripada jenama Brembo (Dual semi-floating 300 mm discs. Caliper: Dual Brembo M4 radial-mount, monobloc, opposed 4-piston), yang digandingkan dengan Nissin radial-pump master cylinder bersaiz ø17.5 mm. Di bahagian belakang ialah cakera tunggal 250 mm dengan kaliper single-piston.

Kawasaki Z900RS SE 2022 dikuasakan enjin bersesaran 948cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) bertaraf Euro 5, menghasilkan kuasa maksimum 111PS @ 8,500rpm dengan tork puncak 98.5Nm @ 6,500rpm. Enjin berprestasi itu seterusnya dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch.