CFMOTO 250SR-R 2022 bakal dilancarkan, dilengkapi carbon winglet dan single arm?

Menurut laporan terkini, CFMOTO bakal melancarkan versi naik taraf terbaharu untuk model sport bike CFMOTO 250SR, yang akan dikenali dengan nama baharu CFMOTO 250SR-R 2022. Setakat ini berdasarkan paparan gambar seperti di atas, model tersebut dikatakan bakal dilengkapi ciri baharu seperti carbon winglet dan juga single arm.

Ini membolehkan berat CFMOTO 250SR-R dikurangkan kepada hanya 157 kg sahaja, berbanding berat CFMOTO 250SR yang berada pada paras 165 kg. Selain itu prestasi enjin juga dijangka akan meningkat, diikuti tahap pengendalian yang lebih baik. Setakat ini menurut maklumat awal, kelajuan maksimumnya ditetapkan pada angka 128 km/j.

Kelajuan maksimum yang sebenar pastinya akan mencapai angka 150 km/j atau lebih, namun tipikal untuk pengeluar motosikal dari China untuk memaparkan angka kelajuan yang boleh dipertikaikan. Selepas ianya dilancarkan di pasaran China nanti, CFMOTO 250SR-R 2022 ini berkemungkinan besar akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia.

Sumber : Vanhoe Rage FB