Penampilan sebenar Yamaha YZF-R7 2021 kini terdedah, pelancaran rasmi pada 18 Mei 2021

Model terbaharu Yamaha YZF-R7 2021 bakal dilancarkan secara rasmi pada tarikh 18 Mei 2021 akan datang, namun sebelum itu imej yang memaparkan penampilan sebenar model tersebut telah pun terdedah di dalam internet dan media sosial. Seperti jangkaan ramai, model tersebut tampil begitu sporty dan memenuhi harapan ramai peminatnya.

Berdasarkan maklumat awal, Yamaha YZF-R7 2021 merupakan model yang diasaskan daripada model naked Yamaha MT-07 2021, bermakna ianya menggunakan enjin CP2 yang bersesaran 689cc dan patuh piawaian Euro 5. Fork depannya menggunakan jenis upside down, manakala lampu depan mono LED diapit sepasang lampu posisi LED.

Untuk maklumat lanjut menggenai spesifikasi penuhnya, kita perlu menunggu sehingga ianya dilancarkan pada minggu depan. Antara perkara penting yang menjadi perhatian ramai ialah jumlah kuasa dan tork, selain daripada harga jualan yang bakal ditawarkan. Adakah ianya masih menawarkan harga premium seperti model Yamaha YZF-R6?

Sumber gambar : Facebook