Yamaha NVX 155 VVA 2021 terima pilihan warna baharu Silver Grey di pasaran Vietnam

Yamaha Motor Vietnam hari ini memperkenalkan pilihan warna baharu iaitu Silver Grey untuk model skuter Yamaha NVX 155 VVA 2021. Skim warna tersebut didapati hampir sama dengan skim warna Platinum SE yang ditawarkan oleh model Yamaha NVX 2021 untuk pasaran Malaysia, yang baru saja dilancarkan pada tarikh 28hb. April 2021.

Yamaha NVX 155 VVA 2021 untuk pasaran Vietnam dilancarkan pada bulan November yang lepas, dalam enam pilihan warna kesemuanya. Dengan tambahan warna baharu Silver Grey, menjadikan jumlah pilihan warna yang ditawarkan ketika ini kepada tujuh kesemuanya, termasuk skim warna Limited Edition Monster Energy Yamaha MotoGP.

Untuk pasaran Vietnam, hanya versi teratas sahaja ditawarkan dengan kelengkapan spesifikasi penuh, sama seperti versi ABS di pasaran Malaysia. Harganya bermula dari VND 53,000,000 (RM 9,505.46) untuk enam pilihan warna standard, manakala warna Limited Edition Monster Energy dijual pada harga VND 54,000,000 (RM 9,684.81).