Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) melalui laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan sesuatu yang istimewa, atau lebih tepat lagi ialah suatu produk baharu pada tarikh 28hb. April 2021, jam 8.00 malam, secara langsung di laman Facebook Yamaha Motor Malaysia.
Setakat ini berdasarkan jangkaan awal, HLYM akan melancarkan model skuter Yamaha NVX 2021 terbaharu, yang kini telah dilengkapi sistem Y-Connect canggih yang boleh dihubungkan dengan telefon bimbit. Yamaha NVX 2021 dengan sistem Y-Connect telah pun dilancarkan di pasaran Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Filipina sebelum ini.
Selain itu Yamaha NVX 2021 juga tampil dengan reka bentuk baharu yang lebih sporty, dengan dilengkapi pelbagai ciri-ciri baharu yang lebih menarik berbanding sebelumnya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari artikel terdahulu seperti di bawah mengenai pelancaran model tersebut di pasaran Indonesia, Vietnam, Thailand dan juga Filipina.
- Yamaha Aerox 155 Connected 2021 dilancarkan di pasaran Indonesia, kini dilengkapi teknologi sambungan Y-Connect
- Yamaha NVX 155 VVA 2021 dilancarkan di pasaran Vietnam
- Yamaha Aerox 2021 rasmi dilancarkan di pasaran Thailand, harga bermula dari RM 9,114.53
- Yamaha Mio Aerox 2021 dilancarkan di pasaran Filipina, harga bermula dari RM 9,388.77