Model moped yang dinanti-nantikan selama ini Honda Winner X (Honda RS150R V3) dijangka bakal dilancarkan sekitar bulan Jun atau Julai 2021 akan datang. Pada ketika ini pihak Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) sedang rancak menjalankan ujian jalan raya terhadap model tersebut, berdasarkan paparan gambar spyshot baru-baru ini.
Terkini menurut pembaca blog Arena Motosikal iaitu saudara Sivanathan Yanasergaran, lagi kelibat model ujian Honda Winner X telah ditemui oleh beliau di suatu lokasi di Juru, Pulau Pinang, pada tarikh 22hb. April 2021. Model ujian Honda Winner X yang ditemui itu masih berwarna hitam, sama seperti model yang berjaya dirakamkan sebelum ini.
Kebiasaannya apabila BSH akan melancarkan sesebuah model baharu popular yang sememangnya ditunggu-tunggu, mereka akan menyiarkan terlebih dahulu teaser dalam tempoh terdekat sebelum tarikh pelancaran rasmi. Dijangkakan teaser pertama untuk Honda Winner X ini akan muncul pada bulan Jun depan, sama-sama kita nantikannya.