Yamaha XMAX 125 Tech MAX 2021 tampil lebih mewah

Selain daripada versi standard untuk model skuter Yamaha XMAX 125 2021, Yamaha Motor Europe turut memperkenalkan versi lebih mewah Yamaha XMAX 125 Tech MAX 2021. Secara keseluruhannya spesifikasi dan ciri-ciri yang melengkapi versi Tech MAX adalah sama dengan varian standard, namun dengan beberapa tambahan menarik.

Antaranya ialah tempat duduk yang lebih mewah dengan jahitan berwarna, pelapik di bahagian dalaman yang mewah dengan jahitan berwarna yang sepadan, pemijak kaki yang melalui proses anodizing, didatangkan dengan emblem Tech MAX, penutup atau cover fork depan dengan grafik frost silver dan hujung pemegang Gilles Tooling baharu.

Yamaha XMAX 125 Tech MAX 2021 juga didatangkan dua pilihan warna premium iaitu warna baharu Power Grey, di samping warna sedia ada Tech Kamo. Dilengkapi enjin bersesaran 124cc VVA yang patuh piawaian emisi Euro 5, sistem Start & Stop, Traction Control System, ABS dan Smart Key, ianya akan berada di pasaran mulai Mac 2021.