WMoto akan melancarkan model baharu pada tarikh 02hb. Februari 2021, adakah ianya sebuah model skuter?

Selepas pelancaran model WMoto V16 dalam bulan November 2020 yang lepas, kini WMoto akan melancarkan sebuah lagi model terbaharu untuk pasaran Malaysia, pada tarikh 02hb. Februari 2021. Setakat ini berdasarkan imej teaser yang disiarkan, model yang bakal dilancarkan itu dijangkakan sebuah model skuter terbaharu yang moden.

Majlis pelancaran akan berlangsung secara dalam talian, dan boleh ditonton melalui laman Facebook rasmi WMoto Malaysia pada jam 11.00 pagi. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini, mana tahu skuter terbaharu edaran WMoto ini lebih menarik berbanding model skuter Honda ADV150, yang bakal dilancarkan pada tarikh 05hb. Februari 2021.