KTM 250 Duke 2021 terima warna baharu, termasuk naik taraf terkini lampu depan LED

KTM baru-baru ini melancarkan dua model naked KTM 125 Duke 2021 dan KTM 390 Duke 2021 untuk pasaran Eropah, yang kini didatangkan dua pilihan warna terbaharu. Bagi model KTM 250 Duke 2021 pula, ianya turut menerima warna terbaharu, sama seperti model yang dilancarkan di pasaran India pada bulan Ogos 2020 yang lepas.

Lebih menarik lagi ialah KTM 250 Duke 2020 di pasaran India itu turut menerima naik taraf terkini berupa lampu depan LED dan mod Supermoto ABS, sama seperti yang dimiliki oleh model KTM 390 Duke. Enjin yang dimiliki oleh model tersebut juga kini lebih bersih apabila ianya telah pun mematuhi piawaian emisi BS6 sejak bulan Januari 2020.

Namun begitu walaupun KTM 250 Duke 2021 kini dilengkapi lampu depan LED baharu, KTM baru-baru ini telah mendedahkan lebih banyak gambar-gambar terkini untuk model tersebut, bukan saja dalam versi dengan lampu depan LED baharu, malah dalam versi dengan lampu depan halogen yang akan terus ditawarkan untuk musim 2021 ini.

Untuk pasaran Malaysia, setakat ini masih belum dapat dipastikan bilakah model KTM 250 Duke 2021 akan dilancarkan. Turut menjadi persoalah ialah sama ada pasaran Malaysia akan menerima KTM 250 Duke 2021 dalam versi lampu depan LED baharu, atau hanya versi yang masih mengekalkan lampu depan halogen jenis lama.

Aspek spesifikasi teknikal yang lain pula masih kekal sama untuk KTM 250 Duke 2021, seperti mana yang ditulis di dalam artikel terdahulu sebelum ini untuk model KTM 250 Duke 2020 di pasaran Malaysia. Buat masa ini anda boleh saksikan dahulu gambar-gambar menarik kedua-dua versi KTM 250 Duke 2021, seperti dalam galeri di bawah.

Galeri : 2021 KTM 250 Duke (versi lampu depan LED)

Galeri : 2021 KTM 250 Duke (versi lampu depan halogen)