Kymco Visar 50 di pasaran Vietnam, harga RM 2,734.50

Kymco terkenal dengan pengeluaran model-model skuter dalam pelbagai segmen, namun untuk pasaran Vietnam, jenama pengeluar yang berasal dari Taiwan itu turut menawarkan sebuah model kapcai yang dikenali dengan nama Kymco Visar 50.

Kymco Visar 50 hanya dilengkapi enjin bersesaran 49cc sahaja (4-stroke, 1-cylinder, air-cooled), yang kemudiannya dipadankan dengan transmisi empat kelajuan. Keluaran kuasa adalah sebanyak 2.45PS (1.8kW) @ 7,500rpm dengan tork 2.8Nm @ 5,500rpm.

Antara ciri-ciri yang melengkapi Kymco Visar 50 ini termasuklah sistem penghidup jenis elektrik, tangki petrol 3.7 liter, sistem brek dram depan dan belakang, tayar berdiameter 17 inci, ketinggian tempat duduk 760 mm dan berat motosikal pada paras 94 kg.

Walaupun hanya dilengkapi spesifikasi bertaraf rendah, model tersebut tetap memiliki reka bentuk yang sporty. Untuk pasaran Vietnam, Kymco Visar 50 ditawarkan pada harga serendah 15,490,000 VND, bersamaan RM 2,734.50 sahaja (kadar semasa).

Artikel berkaitan : Kymco K-Pipe 50 di pasaran Vietnam, harga RM 3,635.43