Akhirnya setelah beberapa hari menunggu, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini telah menyiarkan brosur rasmi untuk model Honda CBR250RR 2021. Mungkin anda semua telah mengetahui setiap maklumat berkenaan spesifikasi model yang baru saja dilancarkan itu, namun maklumat di dalam brosur kebiasaannya lebih terperinci.
Selain daripada paparan brosur, anda juga boleh melihat gambar-gambar menarik model berkenaan di dalam galeri di bawah. Bagaimanapun untuk makluman, Honda CBR250RR 2021 di pasaran Malaysia didatangkan lengkap dengan signal jenis capang di bahagian depannya, namun ianya tidak ditunjukkan di dalam gambar-gambar berikut.
Hanya pasaran Indonesia sahaja yang menerima model CBR250RR tanpa signal capang, sebaliknya pasaran Malaysia, Thailand dan Jepun hadir dengan signal jenis capang yang kelihatannya masih tetap sporty. Pada harga asas RM 25,999.00, Arena Motosikal tidak mempunyai sebarang komplain untuk Honda CBR250RR 2021 ini.