Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 kini tiba di pasaran Hong Kong, harga bersamaan RM 41k

Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 buat pertama kalinya dilancarkan di pasaran Indonesia. Kemudiannya model tersebut dilancarkan di pasaran Thailand, Jepun, Filipina dan juga di pasaran Vietnam, manakala untuk pasaran Mexico ianya akan tiba pada awal 2021.

Sementara itu untuk pasaran Malaysia, Ninja ZX-25R besar kemungkinan tidak akan dilancarkan kerana harganya yang berkemungkinan akan mencecah RM 40k, pastinya terlalu mahal untuk Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd mengambil risiko menjualnya.

Bagaimanapun untuk pasaran Hong Kong, Kawasaki Ninja ZX-25R baru saja tiba pada tarikh 13hb. Disember 2020, dalam jumlah 6 unit kesemuanya. Model tersebut sebelum ini telah dibuka tempahannya dan kini telah diserahkan kepada 6 pembeli yang bertuah.

Untuk pasaran Hong Kong, Kawasaki Ninja ZX-25R ditawarkan pada harga sebanyak HK$78,800, bersamaan RM 41,184.77 mengikut kadar semasa. Harga tersebut hampir bersamaan dengan harga jangkaan untuk pasaran Malaysia sekiranya dilancarkan.

Sumber : ibike.com.hk