Tempahan untuk Honda ADV150 dan Honda CBR250RR kini dibuka, pelancaran rasmi dalam masa terdekat

Honda Impian X Ee Tiong Motorsports melalui laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa tempahan telah dibuka untuk dua model yang dinanti-nantikan iaitu Honda ADV150 dan Honda CBR250RR. Bagaimanapun tarikh sebenar pelancaran masih belum diumumkan, kecuali dikatakan dalam masa yang sangat terdekat.

Honda ADV150 dan Honda CBR250RR merupakan dua buah model terbaharu yang masih belum dilancarkan di pasaran Malaysia, namun kedua-duanya telah pun berada di pasaran Indonesia dan Thailand. Untuk maklumat selanjutnya mengenai spesifikasi kedua-dua model tersebut, anda boleh layari artikel terdahulu dalam pautan berikut :