Yamaha TDR125 yang dipaparkan di dalam artikel ini merupakan keluaran tahun 1999, khusus untuk pasaran Eropah. Menurut sumber maklumat dari CycleChaos, Yamaha TDR125 ialah model motosikal enduro, dilengkapi enjin dua lejang 125cc dengan kuasa maksimum 14.62hp @ 7,000rpm dan tork maksimum 14.7Nm @ 7,000rpm.
Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan mampu mencatatkan kelajuan puncak (top speed) sehingga 105 km/j. Roda depannya mempunyai saiz tayar 100/90-R18 56p, sementara roda belakangnya didatangkan saiz tayar 130/80-R17 65p. Sistem brek cakera tunggal melengkapi setiap bahagian roda depan dan belakangnya.
Sistem suspensinya terdiri daripada fork depan jenis teleskopik dan penyerap hentak belakang jenis monoshock. Kapasiti maksimum tangki bahan apinya ialah 11 liter. Berat Yamaha TDR125 hanyalah 128 kg, sementara ukuran jarak rodanya ialah 1,405 mm. Pengeluarannya dikatakan bermula sejak tahun 1995 dan tamat pada tahun 2002.