Suzuki baru-baru ini mengumumkan model naked SV650 2021 untuk pasaran UK telah menerima kemaskini tiga warna baharu iaitu Metallic Matt Black dengan kerangka dan rim berwarna biru, Glass Sparkle Black dengan kerangka berwarna emas dan Glass Sparkle Black / Pearl Brilliant White dengan kerangka dan rim berwarna merah.
Untuk musim 2021, sistem penjana kuasa Suzuki SV650 kini telah menerima penarafan emisi Euro 5 yang lebih bersih. Enjin bersesaran 645 cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC V-Twin) dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan itu kini menawarkan kuasa maksimum 73PS @ 8,500rpm dengan tork maksimum 64Nm @ 6,800rpm.
Spesifikasi lain pada model berkenaan didapati masih sama seperti model SV650 2020, bagaimanapun beratnya kini berada pada paras 200 kg berbanding 198 kg pada model sebelumnya. Setakat ini harga untuk Suzuki SV650 2021 di pasaran UK masih belum diumumkan, namun dijangkakan ianya tidak jauh berbeza dengan harga terdahulu.