Yamaha secara rasminya memperkenalkan dua model Sport Touring serba baharu untuk musim 2021 – Yamaha Tracer 9 dan Yamaha Tracer 9 GT. Kedua-dua model tersebut berkongsi casis CF die-cast Deltabox dan enjin CP3 serba baharu, yang mana enjin tersebut kini bersesaran 890cc dengan pematuhan piawaian emisi Euro 5.
Menurut Yamaha, casis serba baharu yang digunakan untuk Tracer 9 kini lebih ringan, kompak dan menawarkan pengendalian yang lebih baik. Bagi disesuaikan dengan casis yang kini lebih tegar, lengan ayun aluminiumnya juga telah direka semula sepenuhnya, berukuran 60 mm lebih panjang namun mengekalkan jarak roda 1,500 mm Tracer 900.
Sama seperti Yamaha MT-09 2021, rekaan semula enjin CP3 890cc pada Tracer 9 telah menjadikannya lebih ringan, lebih berkuasa dan lebih canggih berbanding versi terdahulu. Keluaran kuasanya juga kini meningkat 4hp kepada 119PS @ 10,000rpm, sementara tork 93Nm kini tiba pada 7,000rpm, lebih rendah sebanyak 1,500rpm.
Bagi mengoptimumkan keupayaannya sebagai sebuah model kembara serba guna, Tracer 9 kini direka untuk menampung sehingga tiga kotak bagasi keras, dengan mana-mana kombinasi bagasi sisi dan bagasi atas. Sistem ‘Floating Stay’ digunakan untuk meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi dan mengasingkan pergerakan bagasi. Tracer 9 kini mampu menangani beban muatan dan penunggang sehingga 193 kg.
Menjadikan Tracer 9 kini lebih canggih ialah ianya kini dilengkapi teknologi 6-axis IMU (Inertial Measurement Unit) Yamaha, buat pertama kalinya diperkenalkan untuk model Yamaha Sport Touring. Peranti IMU berteknologi tinggi itu sentiasa menghantar data ke ECU yang mengira semua data dalam masa nyata, dan secara berkesan mengatur sistem Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS), front wheel LIFt control system (LIF) dan Brake Control system (BC).
Yamaha Tracer 9 turut menawarkan sistem Yamaha D-Mode yang kini hadir dengan empat mod tunggangan, tambahan satu mod berbanding model sebelumnya. Sistem Cruise Control yang mirip digunakan pada model GT sebelumnya juga kini telah menjadi ciri standard untuk Tracer 9, menjadikan tunggangan jauh kini lebih santai.
Salah satu perubahan penting untuk Tracer 9 ialah sistem penyampaian bahan apinya kini lebih cekap, bersama-sama dengan komponen dalaman enjin baharu yang lebih ringan, seterusnya membantu meningkatkan ekonomi bahan api sehingga 9%. Ianya membolehkan perjalananan dilakukan sejauh 350 km+ daripada tangki 18 liter penuh.
Spesifikasi lain yang melengkapi Tracer 9 termasuklah sistem pendikit tanpa wayar Accelerator Position Sensor Grip (APSG), sistem transmisi yang diperhalusi semula dengan naiktaraf untuk sistem Assist & Slipper Clutch, sistem lampu LED sepenuhnya dengan gaya rekaan baharu yang dinamik, panel meter digital berkembar TFT 3.5 inci dengan ciri berwarna sepenuhnya dan rim roda SpinForged Yamaha yang ringan.
Di samping itu, sistem suspensi Tracer 9 telah ditala semula untuk lebih stabil dan lebih selesa, manakala sistem brek depannya kini dilengkapi radial master cylinder yang diambil daripada model R1, pertama kali digunakan untuk model Sport Touring Yamaha. Selanjutnya ialah sistem intake yang lebih cekap dan sistem ekzos yang lebih ringan, posisi tunggangan yang boleh dilaraskan, dan penggunaan tayar berprestasi tinggi Battlax T32 Sport Touring dengan gabungan saiz 120/70ZR17 dan 180/55ZR17.
Yamaha Tracer 9 2021 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Redline dan Tech Kamo, sementara Yamaha Tracer 9 GT 2021 turut menerima pilihan kedua-dua warna berkenaan, di samping warna tambahan eksklusif iaitu Yamaha Icon Performance. Kedua-dua model tersebut akan tiba di pasaran Eropah mulai bulan Mac 2021,
Bagi model Yamaha Tracer 9 GT 2021, ianya dilengkapi beberapa spesifikasi tambahan sebagai ciri standard, antaranya kelengkapan penuh kotak bagasi keras baharu, sistem suspensi KYB Actimatic Damper System (KADS) untuk lebih keselesaan, sistem Up-and-down Quick Shift System (QSS) untuk penukaran gear yang lebih lancar dan pantas, LED cornering lights dan juga pemanas cengkaman (grip warmers).
Spesifikasi utama Yamaha Tracer 9 dan Tracer 9 GT 2021 :
- New 890cc inline 3-cylinder 4-valve DOHC liquid-cooled EU5 engine
- Lower weight and increased power at all rpm
- 7% increase in maximum torque at lower rpm
- 4PS increase in maximum power
- Lighter and stronger CF die-cast aluminium Deltabox chassis
- Overall 2kg weight reduction for increased agility
- New lightweight aluminium swingarm
- Next-generation styling, perfect blend of sport style and touring functions
- Full LED lighting with hidden headlights and TRACER signature tail light
- Refined A&S clutch
- Light and compact new 6-axis IMU – first time on a Yamaha Sport Touring
- Lean-sensitive rider aids: TCS, SCS and LIFt with three intervention modes
- ABS and Brake Control system (BC)
- D-MODE switchable engine running modes
- New ultra-light SpinForged 17-inch 10-spoke wheels
- Fully-adjustable KYB® 41mm USD forks with optimized settings
- Adjustable KYB® rear shock with revised settings and new linkage
- Twin full colour 3.5-inch TFT instruments with remote handlebar switch
- Radial front master cylinder, 298mm dual front discs
Galeri : Yamaha Tracer 9 2021
Galeri : Yamaha Tracer 9 GT 2021