Yamaha Exciter 155 VVA 2021 dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di Hanoi, Vietnam

Pada beberapa hari yang lepas, model moped terbaharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 telah dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di Hanoi, Vietnam. Ianya merupakan penampakan pertama untuk model tersebut di jalan raya Vietnam, selepas model yang sama iaitu Yamaha Y15ZR V3 2021 terlebih dahulu di kesan di jalan raya Malaysia.

Berdasarkan maklumat sebelum ini, Yamaha Exciter 155 VVA dan juga Yamaha Y15ZR V3, kedua-duanya dilengkapi enjin 155cc dengan teknologi VVA, dikatakan bakal dilancarkan pada tahun depan. Dijangkakan pasaran Vietnam akan menerima model tersebut lebih awal, sebelum ianya dilancarkan di pasaran ASEAN yang lain.

Berdasarkan sumber dari Vietnam, peminat motosikal di negara berkenaan dikatakan telah mengkritik reka bentuk terbaharu Yamaha Exciter 155 VVA, sama seperti kritikan untuk model berkenaan di pasaran Malaysia. Bagaimanapun dipercayai kritikan itu tidak akan mampu bertahan lama, apabila model tersebut dilancarkan secara rasmi nanti.

Dengan beberapa perubahan dan ciri-ciri teknikal baharu yang lebih canggih dan enjin yang lebih berkuasa, dijangkakan Yamaha Exciter 155 VVA dan Yamaha Y15ZR V3 akan terus mendapat sambutan hangat di pasaran Vietnam dan Malaysia, walaupun harga yang akan ditawarkan nanti dipercayai akan meningkat lebih tinggi.

Sumber : Tienvit24h & Carhanoi

Artikel berkaitan :