Honda Vietnam Co., Ltd., anak syarikat Honda di pasaran Vietnam, pada tarikh 29hb. Oktober 2020 telah mengumumkan pencapaian pengeluaran ke-30 juta unit motosikal di negara tersebut. Unit pengeluaran ke-30 juta itu merupakan model Honda Winner X, salah sebuah model penting bagi operasi motosikal Honda di pasaran Vietnam.
Dengan pencapaian itu, Honda Vietnam mengatakan bahawa mereka akan terus menyediakan produk berkualiti tinggi yang melebihi harapan pelanggan, dan terus akan menjadi syarikat yang diinginkan oleh masyarakat untuk terus wujud, atau di dalam bahasa Inggeris ialah “a company that society wants to exist” di pasaran Vietnam.
Honda Vietnam ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1996 sebagai syarikat pembuatan dan penjualan motosikal, dan memulakan pengeluaran motosikal pada bulan Disember 1997. Untuk memenuhi permintaan pelanggan domestik dengan lebih baik, operasi pengeluaran dan pusat jualan telah berkembang dengan pelbagai kemudahan fasiliti.
Berikut ialah pencapaian Honda Vietnam sejak tahun 1997 :
- 1997 (Disember) : Pengeluaran motosikal bermula
- 2008 (Julai) : Pencapaian pengeluaran ke-5 juta unit
- 2011 (September) : Pencapaian pengeluaran ke-10 juta unit
- 2014 (Mac) : Pencapaian pengeluaran ke-15 juta unit
- 2016 (September) : Pencapaian pengeluaran ke-20 juta unit
- 2020 (Oktober) : Pencapaian pengeluaran ke-30 juta unit