Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. (SMSB) hari ini terus menghadirkan berita gembira kepada peminat motosikal tempatan, apabila mengesahkan bahawa syarikat tersebut bakal melancarkan model terbaharu Suzuki Gixxer. Setakat ini di pasaran India, model naked Suzuki Gixxer ditawarkan dalam dua varian sama ada dengan enjin 250cc atau 155cc.
Turut ditawarkan di pasaran India ialah Suzuki Gixxer SF dengan fairing penuh, juga dalam versi 250cc dan 155cc. Berdasarkan paparan imej ‘teaser’ di atas, masih belum dapat dipastikan model Gixxer yang manakah bakal dilancarkan di pasaran Malaysia kelak. Mungkinkah kali ini Suzuki Malaysia akan menawarkan varian Gixxer 250cc?
Sebelum ini Suzuki Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan model Suzuki GSX-R, berkemungkinan besar ianya adalah Suzuki GSX-R150, di samping model moped Suzuki Belang R150 FI terbaharu. Nampaknya Suzuki Malaysia ketika ini benar-benar serius untuk kembali mendominasi arena permotoran tempatan.
Bagaimanapun buat masa ini Suzuki Malaysia masih belum memberikan sebarang petunjuk jelas bilakah model-model terbaharu itu akan dilancarkan secara rasmi. Diharapkan syarikat tersebut tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk melancarkan barisan model-model terbaharunya yang ketika ini sangat dinanti-nantikan.
Galeri : 2020 Suzuki Gixxer 155cc
Galeri : 2020 Suzuki Gixxer SF 155cc
Galeri : 2020 Suzuki Gixxer 250
Galeri : 2020 Suzuki Gixxer SF 250